RSS

Saturday, April 24, 2010

majlis tilawah alquran dan pertandingan nasyid perkips zon pantai timur 2010




alhamdulillah.. selamat dan berjalan lancar semua aktiviti dan perancangan kami semasa menghadiri mtq di ld baru2 ni.


bukan nak meng'angkat bakul 'sendiri, cuma lebih kurang 'tekan lif masuk sendiri', sebab kami pulang dengan kemenangan ang besar dibandingkan tahun2 sebelumnya.


walaupun 'adik hafizah' hanya berjaya mendapat tempat ke-3, dan peserta hafiz tahap dua adik fauzi hanya mendapat tempat ke-2, namun kategori lain........ semua johan he..he


paling membanggakan, semua kategori yang kami sertai mendapat tempat


walaupun ydp tidak menggesa kami dengan meletakkan kemenangan sebagai sasaran utama,ydp hanya berharap agar peserta memberikan yang terbaik.


dan syukur, semua itu amat berbaloi walaupun waktu latihan hanya seminggu sahaja

Wednesday, April 21, 2010

hafizah muda

Rasanya sudah terlalu lama sejak aku meninggalkan alam sekolah,dan rasanya sejak itu aku jarang benar menghadiri majlis-majlis ilmu walhal terlalu banyak tempat dan peluang sekiranya aku mahu. Dan sebagai natijahnya, aku semakin jauh dari perjuangan yang selama ini sering dilaungkan oleh para sahabatku yang terpilih. Aku malu dengan mereka kerana aku masih terlalu dangkal dalam menilai dan memilih jalan hidup yang terbaik untuk diriku.

Dan baru-baru ini aku mengkuti adik jagaanku,'hafizah kecil' untuk menghadiri MAJLIS TILAWAH AL-QURAN peringkat Hospital Tawau anjuran PERKIPS. Seakan aku sedang melalui perasaan dan pengalaman yang sama sewaktu aku masih belajar. Begitu jauh aku ketinggalan dalam meningkatkan dan memajukan diri.

Perjalan majlis amat lancar sekali walaupun hanya dihadiri oleh sekelompok kecil sahaja daripada keseluruhan para penjawat awam yang berkhidmat di HT. Mungkin bukan tempatku untuk memberi komen atau apa-apa ulasan tentang perjalanan majlis, kerana aku tiada apa-apa kaitan dengan mereka. Aku hanya seorang penonton yang ketidakhadirannya langsung tidak akan mencacatkan majlis.

Para peserta cilik sememangnya boleh pergi lebih jauh seandainya diberi lebih ruang dan peluang untuk menonjolkan bakat dan kemampuan mereka yanga kadang-kala kita terlepas pandang kerana keegoan kita sendiri. Dan majlis seumpama ini adalah tempat mereka untuk mengasah bakat disamping memupuk keyakinan dalam diri mereka. Dan apa yang paling penting, mereka diberi gambaran awal dan pendedahan bahawa agama meliputi segala aspek kehidupan.

Para pemenang akan mewakili HT ke peringkat Zon Tenggara yang akan berlangsung di Lahad Datu. Ini memberi peluang kepada peserta cilik untuk menimba pengalaman dan meluaskan skop pengetahuan mereka. walaupun tak disangka bahawa 'hafizah kecil' akan menjadi johan Tahap 1. Alhamdulillah. Dan pastinya 'hafizah kecil' akan ke LD.

Sunday, April 18, 2010

Berita Harian Online | Soalan Agama: Lelaki syurga pasangan wanita soleh

Berita Harian Online Soalan Agama: Lelaki syurga pasangan wanita soleh

Thursday, March 18, 2010

YouTube - Ketika Cinta Bertasbih 2 1/12

YouTube - Ketika Cinta Bertasbih 2 1/12

YouTube - Ketika Cinta Bertasbih 2 2/12

YouTube - Ketika Cinta Bertasbih 2 2/12

YouTube - Ketika Cinta Bertasbih 2 3/12

YouTube - Ketika Cinta Bertasbih 2 3/12

YouTube - Ketika Cinta Bertasbih 2 4/12

YouTube - Ketika Cinta Bertasbih 2 4/12